Wednesday, 11 October 2017

KEGUGURAN AKIBAT RAHIM LEMAH

Alkisahnya, semalam iolls dengan my bff merangkap my upline in Shaklee Team buat satu sesi sharing secara PERCUMA melalui medium Group Wassap.. Mudah kan? Dunia dihujung jari beb! semuanya mudah,pantas dan jimat tenaga... tak yah bazir minyak nak attend ... tak payah tinggal anak bg mak pak atau orang jaga.. sambil tukar pempers anak pun boleh berinteraksi.. yang penting MAKSUD & MATLAMAT yang nak disampaikan tu jelas.


Kami open TOPIK: IKHTIAR HAMIL /TTC.. MASALAH KESUBURAN ....



Sharing session ini kami buat santai-santai je..lebih kepada share our experience semasa hamil.. macam mana nak hamil..tips yang bermanfaat... luahan perasaan..means orang yang nak hamil mesti akan rasa depressed bila keinginana nak anak tu memuncak.. tak termasuk lagi faktor persekitaran yang membuatkan kita lagi rasa nak memberontak..

 
so,please..bagi mereka yang ikhtiar hamil tak perlu terlalu stress mesti ada hikmah why Allah chosen you untuk hadapi ujian ini kan? ingat lah Allah tidak akan membebani hamba-Nya melainkan dengan kesanggupannya. 

PERMULAAN KISAH KU....so, let me sharing my experience to those yang nak tahu...sebab nya sebelum iolls dapat Aleesya , iolls pernah keguguran/miscarriages. Iolls kawen 30 April 2013 , Then a month after preggy which is orang panggil bunting pelamin.. Best la kan... Tak tahu la, bila disahkan hamil,satu perasaan happy sangat bila tau ada baby dlm rahim kita ni.. Syukur!


Tapi langit tak selalunya cerah, Masa kandungan masuk 5 weeks macam tu, mula la episod tak best.. Ada cecair coklat pada panties, so masa tu guna pakai kata-kata cik google.. cecair coklat itu mungkin boleh jadi proses pelekatan janin pada dinding rahim.So, ok la kan..rasa lega la sat. Lepastu, ada pula cecair darah tapi tak banyak macam setompok dua macam tu, masa ni baru la refer klinik berdekatan, doktor kata just rest mungkin banyak buat kerja .


Makin lama makin banyak darah tu, so refer pakar sakit puan dekat klinik swasta (fair park) Then, doktor kata rahim u maybe lemah, baby ok (maksudnya bukan pregant luar kantung, size baby ok, degupan jantung pun ok) . Alhamdulillah. Doktor bagi injection dan ubat. So ,iolls makan tanpa skip.. 

Pada suatu pagi tu, perut rasa macam senggugut yang teruk.. darah memang banyak la keluar, sakit dia bila pikir balik macam sakit nak beranak. memang SAKIT! Tahan sampai jam 9pg sebab memang gerak hati ni cakap baby dah tak de, mama REDHA! mesti ada sebab kenapa Allah tak bagi baby jumpa mama babah sebab baby nak pimpin tangan kami untuk ke syurga , AMIN.....
Proses DNC telan belanja RM600 ( 4 tahun yang lepas), Berpantang macam orang bersalin. Dan dengan pesanan doktor " u tmungkin susah nk preggy again sebab rahim u lemah, double luka, dan if u lucky one, u kena preggy after 6 months" so, masa ni mmg tak pikir banyak la sebab ubat bius tu mmg buat kita nano... jalan pun kena papah...

( sekadar gambar hiasan,lebih kurang macam ni emak & my husband inter prate my baby look)
Tapi dengan kuasa Allah dan ikhtiar ... Iolls preggy balik selepas 5 BULAN proses DNC.. Haa dasyat kan.. Tiada yang Mustahil beb..
so, apa IKHTIAR nya?iolss akan share pada NEXT POST...jeng..jeng..jeng...
to be continued.......

ikhlas dariku,norizan zaini


No comments:

Post a Comment

KULIT JERAWAT TERUK GILA!

Assalammualaikum wbt ... First of all, masih ingat lagi ke uolls kat mama anak dua ni.. hidup serba sederhana tapi tersimpan 1001 kis...